Keadaan banjir di negeri Johor dilaporkan bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang terkesan akibat daripada banjir tersebut dilaporkan meningkat secara mendadak kepada 3,835 orang pagi Ini.
Baru-baru ini, tular video yang dipercayai sebuah bas dan lori tidak dapat meneruskan perjalanan kerana terperangkap di sebuah jalan yang ditenggelami dengan air.
Video yang berdurasi selama 13 saat itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Johor bertambah buruk.
Susulan daripada itu, beberapa buah jalan telah ditutup dan ada jalan yang tidak membenarkan kenderaan ringan melaluinya kerana khuatir jalan tersebut dinaiki air seterusnya memerangkap pengguna jalan tersebut.
Menurut Info Roadblock JPJ/Polis, berikut adalah jalan-jalan yang dilaporkan boleh digunakan, ditutup dan tidak boleh digunakan oleh kenderaan:
JALAN PERSEKUTUAN
Jalan Kota Tinggi-Mersing Masa: 7.50am (dikemaskini) No. Laluan: FT003 Seksyen : 39 Lokasi/Landmark: Bypass Kedalaman Paras Air: 0.20m Status Laluan: Jalan masih boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan
Jalan Kota Tinggi-Mersing No. Laluan: FT003 Seksyen : 76 Lokasi/Landmark: Sungai Ara Kedalaman Paras Air: Status Laluan: Jalan ditutup
Jalan Kota Tinggi-Mersing No. Laluan: FT003 Seksyen : 47 Lokasi/Landmark: LGM Kedalaman Paras Air: 0.50m Status Laluan: Jalan Ditutup
Jalan Kota Tinggi-Mersing No. Laluan: FT003 Seksyen :45.6 Lokasi/Landmark: Area Bukit Samsu Kedalaman Paras Air: 0.30m Pjg banjir: 1km Status Laluan: Jalan Ditutup
Jalan Kota Tinggi-Mersing No. Laluan: FT003 Lokasi/Landmark: Warung Pantai Timur Seksyen: 43.3 Kedalaman Paras Air: 0.1m Status Laluan: Jalan Ditutup
Jalan Kota Tinggi – Mersing No. Laluan: FT003 Seksyen: 71.4,70.1 Lokasi/Landmark: Risda Panjang Kaw. Terlibat: 80m Kedalaman Paras Air: 0.75m Status Laluan: Jalan ditutup
Jalan Kota Tinggi – Kluang No. Laluan: FT 091 Seksyen: 7.3 Lokasi/Landmark: Kampung Jawa Kedalaman Paras Air: 0.25m Status Laluan: Jalan Ditutup Kepada kenderaan Ringan
Jalan Lok Heng/Mawai/Sg.Mas No. Laluan: FT 099 Landmark:Sg. Semalok Kedalaman paras air:0.35m Status jalan: Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan
Jalan Mawai – Tg. Sedili No. Laluan: FT212 Seksyen: Lokasi/Landmark: Sg. Gembut Kedalaman Paras Air: 0.35m Status Laluan: Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan
JALAN NEGERI
Lukut Cina No. Laluan: J 175 Landmark: Taman Aman Kedalaman paras air: 0.20m Status jalan: Jalan Ditutup Kepada Kenderaan Ringan
Jalan Mawai Lama No. Laluan: J 172 Landmark: Kedalaman paras air: 0.30 – 0.60m Status jalan: Jalan Ditutup
CERUN / CULVERT RUNTUH
Jalan Sg Mas – mawai Masa: 3.30pagi (dikemaskini) No. Laluan: Ft99 Seksyen: 37 Lokasi/Landmark: Selepas simpang Felda aping timur Panjang Kaw. Terlibat: 35m x 4m x 3m Kedalaman Paras Air: – Status Laluan: Jalan boleh Dilalui
Sehubungan dengan itu, pengguna jalan raya yang berada di Johor dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui jalan yang dinaiki air kerana khuatir terperangkap dalam banjir tersebut seterusnya menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS