Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Langit Jadi Merah, ‘Bola’ Cahaya Didakwa Turun Dari Langit Gemparkan Penduduk Kampung Di Indonesia

Aqmal Ezany
Gambar: fakta.indo

Satu video yang memaparkan sebuah cahaya aneh yang turun dari langit telah menjadi tular di media sosial.

Video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram fakta.indo itu menunjukkan sebuah cahaya berwarna merah yang tidak diketahui asal usulnya didakwa turun dari langit.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa penduduk setempat yang merakam cahaya tersebut sedang keresahan.

Kehadiran cahaya berwarna merah yang aneh itu difahamkan terjadi di Indonesia.

Tidak dapat dipastikan sama ada apakah cahaya itu dan dimanakah ianya datang.

Video tersebut lantas menjadi tular, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 430 ribu kali.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan video yang tular tersebut dan objek merah yang bercahaya itu juga tidak dapat dikenalpasti.

Sumber: fakta.indo