Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Detik Mendebarkan Gegaran Gempa Bumi Kuat 6.1 Skala Richter Dilapor ‘Goncang’ Tokyo

Gambar: Twitter

Satu gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.1 skala richter dilapor menggegarkan ibu negara Jepun, Tokyo sebentar tadi.

Menurut Daily Mail, memetik Agensi Meteorologi Jepun, gempa berkenaan telah berlaku pada 10.41 pm waktu tempatan dan berpusat di Chiba pada kedalaman 48 batu.

Tambah portal itu, kekuatan gegaran dipercayai boleh menyebabkan kerosakan pada bangunan dan gangguan bekalan kuasa.

Susulan itu, tujuh keretapi laju (bullet train) telah dihentikan operasi manakala beberapa bangunan bergoyang akibat impak gegaran.

Detik gempa turut dirakam dan dikongsikan di media sosial oleh para penduduk tempatan.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

“Tanpa ragu, ia gempa terkuat saya alami dalam tempoh hampir lima tahun di Jepun,” ujar ahli meteorologi, James Reynolds dari Tokyo.

Sumber: Daily Mail