Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Guna Belakang Tapak Tangan”, Pegawai Kesihatan Ini Kongsi Cara Betul Pakai ‘Hand Sanitizer’ 

TikTok: @irwanrosd1

Di musim pandemik COVID-19 ini, menjaga kebersihan tangan juga penting selain memakai topeng dan mengamalkan penjarakan fizikal semasa melakukan aktiviti.

Apabila sabun dan air bersih tidak tersedia, menggunakan pembersih tangan atau hand sanitizer adalah cara terbaik bagi membantu mengurangkan risiko dijangkiti virus berbahaya di sekeliling anda.

Walaupun nampak mudah untuk digunakan, hakikatnya masih ramai yang tidak begitu faham cara menggunakan hand sanitizer dengan betul.

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun TikTok @irwanrosd1, ada berkongsikan tentang cara penggunaan hand sanitizer dengan betul yang biasa digunakan oleh staf kesihatan di klinik dan juga hospital.

Cara yang lazim hampir semua orang pakai adalah dengan menekan penutup botol cecair sanitasi tangan itu dengan menggunakan tapak tangan bukan?

Sebenarnya cara tersebut adalah kurang tepat. Bagi mengetahui cara yang lebih tepat dan sering digunakan oleh kakitangan kesihatan, sebenarnya amatlah mudah.

Caranya adalah anda perlu menekan penutup botol dengan menggunakan bahagian belakang tapak tangan dan cuci bahagian kuku terlebih dahulu.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, rujuk video seperti berikut:

Sumber: TikTok