Perjalanan buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah daripada awal kelahiran sehingga kini pastinya menjadi bukti kasih ibu bapa dan orang sekeliling terhadap bidadari kecil berkenaan.
Biarpun terpaksa menjalani episod ujian kesihatan, keluarga yang sememangnya positif ini boleh menarik nafas lega dan bersyukur melihat perkembangan Ainul pada hari ini.
Kini sudah menjadi kakak, telatah Ainul yang dikongsikan ayahnya pasti membuatkan berjaya mengubat rindu orang ramai terhadap anak kecil itu.
“Alhamdulillah. Terima kasih Allah swt atas anugerah ini. Terima kasih semua.
“Ini lah kanak-kanak yang pernah dibantu dan didoakan oleh anda semua. Alhamdulillah. Saya bersyukur dan terima kasih semua,” tulis Ahmad Saifuddin di laman Facebook miliknya.
Menggelar Ainul sebagai ‘ustazah’, Saifuddin berkongsi video si kecil itu sedang memakai kasut dan bersedia untuk meneroka dunia.

