Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

(Video) “Insya-Allah Atau Insha-Allah?” Cikgu BM Ini Ajar Ejaan Yang Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

“Insya-Allah atau insha-Allah? Mana satu yang betul ni?”

Persoalan ini sering bermain di fikiran kita sehingga mencetuskan kekeliruan tentang bagaimana menulis dan mengeja insya-Allah atau insha-Allah di mana kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu jika diizinkan Allah.

Bahkan, isu ini juga sering menjadi perdebatan oleh warganet di media sosial. Persoalannya, bagaimanakah cara ejaan yang betul mengikut tatabahasa Melayu?

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok seorang guru Bahasa Melayu @zackkirana27, guru ini tampil memberi penjelasan tentang bagaimana ejaan yang betul dalam bahasa Melayu.

Sumber: TikTok