Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Jenis Telefon Pun Mainkan Peranan Penting,” Ini 5 Faktor Menentukan Kelajuan Internet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Selalu mengeluh internet lembab kan? Tambah-tambah lagi kalau kena kerja dari rumah, mesti menjadi masalah ‘besar’ kalau line internet kacau.

Jadi, hari ini SK nak kongsikan beberapa faktor yang menentukan kelajuan internet di rumah atau di mana sahaja korang berada.

Video menarik ini dikongsikan menerusi laman Tiktok, Abang Nas Cooper yang menceritakan 5 faktor kelajuan internet. Ini antara faktor-faktornya.

1. Lokasi

Kata Abang Nas, lagi dekat kedudukan korang dengan menara telco lagi berpontensi kelajuan internet.

2. Jumlah trafik

Seperti yang kita sedia maklum, sekiranya terlalu ramai yang menggunakan line internet yang sama dalam satu masa maka akan ‘congested’ atau akan terlalu sesak menyebabkan ianya ‘slow’.

3. Jenis telco dan plan data

Difahamkan sesetengah plan telco ini akan ada ‘capped speed’. Jadi, korang perlu semak dahulu dengan ‘servis provider’ plan yang apa yang korang sedang pakai.

4. Jenis peranti

Model telefon pintar terkini akan menawarkan jaringan internet yang lebih kuat dan baik.

5. APN Setting

APN atau Acces Point Name, sebenarnya korang perlu ubah setting APN yang betul supaya dapat kestabilan jaringan internet.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi tentang masalah internet ini, boleh klik video di bawah.

Sumber: AbgnasCooper