Kebiasaannya, kawasan sekitar Masjidil Haram akan dipenuhi oleh ramai orang Islam yang masing-masing mengejarkan ibadah kepada Allah SWT. Pada waktu itu juga, kawasan ini dapat mengumpulkan ramai orang daripada banyak negara dengan tujuan untuk beribadah.
Menurut perkongsian di Facebook Haramain Live, kawasan di sekitar Kaabah dilihat lengang apabila dikosongkan untuk tujuan pembersihan.
Suasana seperti itu kali terakhir dapat dilihat pada tahun 1979 ketika “Seizure of the Grand Mosque”. Pada kali ini, ianya ditutup bagi melakukan penstrilan secara menyeluruh.
Walau bagaimanapun, ibadah Tawaaf masih diteruskan di tingkat lain di Masjid Al Haram.
https://www.facebook.com/HaramainsLive/photos/a.146403616066900/515677369139521/?type=3&theater
Dalam perkongsian yang lain, rakaman di sekitar Masjidil Haram memaparkan suasana yang lengang ketika aktiviti pembersihan.
https://www.facebook.com/HaramainsLive/photos/a.146403616066900/515645529142705/?type=3&theater
Sumber: Haramain, Haramain Live
