Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Setiap anak pasti ingin lakukan yang terbaik untuk membahagiakan ibu bapa mereka. Ya, mereklah yang sanggup berkorban demi menjaga dan membesarkan kita. Besar jasa mereka.
Jadi, macam-macam cara kita boleh lakukan untuk memberi mereka senyuman. Tidak dinafikan, ibu dan ayah kita tidak pernah mengungkit malah meminta untuk jasa mereka dibalas, cuma satu hanya berikan mereka kegembiraan sahaja.
Seperti perkongsian menerusi laman Tiktok Ifaliefah inimemberikan hadiah paling berharga buat ibu tercinta. Paling menyentuh hati, ibunya tidak pernah pakai emas sejak 28 tahun dulu.
Namun video ini bertukar kelakar apabila reaksi ibunya membuatkan ramai terhibur.
Katanya, rakaman ini dibuat pada tahun lepas semasa menyambut hari kelahiran ibu tersayang. Disebabkan kerja, wanita ini sudah tiga bulan tidak pulang ke kampung. Video ini haya sekadar melepaskan rindu buat ibu dan ayah dikampung.
Sumber: Iefalifah