Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Kawan-kawan Main ‘Smartphone’, Riak Wajah Sayu Budak Sambil Pegang Telefon Biasa Undang Sebak

Bukan semua orang memiliki harta benda dengan kemampuan yang sama. Ada yang kaya, ada yang sederhana dan ada yang kurang berkemampuan.

Hari ini, telefon pintar merupakan keperluan asas yang perlu dimiliki manusia selepas tempat tinggal, makanan, pakaian dan wang ringgit.

Namun baru-baru ini, tular di media sosial satu video menyentuh hati yang melibatkan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain telefon.

Video yang dikongsikan di Instagram itu memaparkan, hampir semua kanak-kanak tersebut dilihat seronok menggunakan telefon pintar masing-masing.

Bagaimanapun, salah seorangnya agak berbeza dengan yang lain kerana hanya memegang sebuah telefon bimbit biasa di tangannya.

Terpapar riak yang sedikit ‘suram’ di wajahnya apabila hanya mampu melihat rakannya yang lain bergembira dengan peranti canggih mereka.

Sedangkan dia hanya menggunakan telefon bimbit model biasa berwarna biru, dipercayai tidak memiliki fungsi canggih seperti skrin sentuh dan kamera.

Video tersebut tular dan meraih perhatian netizen, rata-rata mereka turut tersentuh hati melihat nasib kanak-kanak ‘sepi’ tersebut.

Sumber: Makassar Info