Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Kerja Biasa & Gaji Kecil, Suami Menangis Teresak-esak Tak Mampu Beli “Skincare” Untuk Isteri

Nur Adnin

Sebagai suami, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan hati selain melihat isteri tersenyum gembira setiap masa.

Kebiasaan dalam mana-mana pasangan yang romantis, si suami pasti kerap memberi hadiah kepada isterinya sebagai tanda cinta.

Malah lebih hebat, si suami membelikan isterinya keperluan-keperluan yang sangat bermanfaat kepada isteri mereka, salah satunya set alat kecantikan.

Namun apa yang dirakam dalam video ini agak menyentuh hati. Video yang dimuat naik di TikTok ahmat.ayu ini memaparkan reaksi suami yang sedih apabila melihat isterinya bersolek dengan bekas kosong.

Setelah terlihat gelagat isterinya, apa yang terjadi selepas itu amat menyedihkan. Mari tonton video ini.

Video sedih ini mendapat perhatian ramai, rata-ratanya turut berasa simpati dengan nasib si suami yang belum ada rezeki untuk belanja isterinya alat kecantikan.

Malah ada yang memberikan komen, mereka sampai menangis menonton video ini.

“Kalau beras habis, tak sanggup lihat anak dan ibu lapar,”

“Suami peduli isteri insyaAllah murah rezeki..”

“Ada duit, beli yang penting dulu..”

Tiada wang di tangan ada ujian terbesar.

Semoga para suami di luar sana sentiasa dimurahkan rezeki. Ameen.

Sumber: TikTok @ahmat.ayu