Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) KKM Dah Ada Akaun TikTok Rasmi, Tarik Perhatian Ramai Warganet

Dalam banyak-banyak aplikasi media sosial, TikTok sudah menjadi pilihan generasi muda pada hari ini. Tidak dapat tidak, sedikit sebanyak Instagram dan Facebook pula mula dilupakan.

Tahukah anda, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini sudah mempunyai akaun TikTok? Ya, KKM sudah ada akaun TikTok @kkmputrajaya yang dibuka sebelum ini.

Dalam TikTok tersebut, anda akan dapati banyak perkongsian bermanfaat mengenai kesihatan yang dikongsikan kepada semua pengikutnya. Malah anda juga boleh mengetahui sebarang perkembangan terkini COVID-19.

Apa tunggu lagi, jom sama-sama kita ‘follow’ TikTok KKM di @kkmputrajaya sekarang.

Apa kata netizen

Sementara itu ramai netizen yang menyokong usaha KKM mendekati warga maya melalui aplikasi ini. Jom lihat apa kata netizen dalam ruangan komentar di bawah ini.

Terbaik KKM, gunakan semua platform

Lain macam ye main TikTok sekarang

Mula-mula perasan ingatkan ‘fake’ akaun

Sumber: KKM