Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Kuat Merayau, Youtuber Pasang GoPro Pada Kucingnya, Rupanya Ini Yang ‘Aktiviti’ Si Bulu Buat Kat Luar

Gambar: nzrockgigs

Mungkin ramai diantara kita yang pasti tertanya-tanya tentang apakah sebenarnya rutin harian seekor kucing dan apa yang sebenarnya ia buat merayau-rayau di luar itu.

Manakan tidak, kadang-kadang seharian kucing tu tak balik ke rumah. Mesti ada juga terfikir apa yang mereka buat dan ke mana mereka pergi bukan?

Persoalan anda itu mungkin boleh terjawab dengan eksperimen yang dilakukan oleh Youtuber ini.

Sebuah kamera GoPro telah dilekatkan pada seekor kucing untuk mengetahui apakah rutin dan kemanakah kucing itu tuju selama 30 minit.

Video yang dimuatnaik pada tahun 2015 ini telah mendapat sebanyak hampir sejuta tontonan dan pastinya akan menarik minat terutamanya pencinta kucing.

Video yang berdurasi selama 9 minit itu dimulai dengan perjalanan kucing berkenaan dari dalam rumah ke luar rumah.

Kucing tersebut dapat dilihat mundar-mandir di kawasan hadapan rumah terlebih dahulu. Dia kemudiannya meminum air sebelum memulakan perjalanannya.

Daripada bahagian depan rumah sehinggalah ke belakang rumah dia dilihat merayau-rayau.

Kemudiannya kucing tersebut dilihat kembali semula ke kawasan hadapan rumahnya untuk meminum air dan berehat seketika sebelum menyambung perjalanannya semula.

Selepas daripada itu dia dilihat mundar-mandir sebelum memanjat-manjat pagar di kawasan yang berdekatan.

Akhir sekali, kucing itu lebih memilih untuk memasuki rumahnya semula melalui bilik di tingkat atas sebelum kembali semula di mana kamera GoPro itu dirakam di tingkat bawah rumahnya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, tonton video di bawah ini:

Sumber: nzrockgigs