Siapa yang suka makan kuih tradisional tempatan, mesti cukup kenal dengan cucur Jawa. Bentuknya yang bulat dan tebal di tengah serta teksturnya yang lembut, kuih ini sedap dimakan panas-panas ketika sarapan mahupun minum petang.
Selain itu, ia juga banyak dijual di kedai-kedai makan, restoran mahupun dijaja di tepi-tepi jalan. Walaupun harganya murah, namun tidak ramai yang tahu apakah resipi rahsianya untuk membuat kuih ini.
Bersempena hari hujung minggu, apa kata pembaca SK sekalian cuba buat cucur Jawa guna resipi tepat seperti yang dikongsikan warga Masak Apa Hari Ini (MAHN), Khadijah Hamid di bawah ini. Bolehlah buat minum petang nanti.
Selamat mencuba!
Resipi Cucur Jawa

Hujan-hujan ni pekeca cuq jawa sedap juga kan. Couple dengan ayaq kopi panaih.
Resipi cuq jawa:-
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1/2 cawan gula merah
1 sudu kecil garam
2 3/4 cawan air
Minyak (untuk menggoreng)
Cara-caranya:-
Campur semua bahan
Kacau sampai sebati
Tapiskan adunan agar tidak berketul-ketul
Peram semalaman (4-8 jam)
Guna kuali yang kecil (tebal) dan tidak melekat
Minyak anggaran dalam setengah cawan
Pastikan minyak betul-betul panas
Api sederhana kecil
Nota: Peram adunan dalam suhu bilik 4 – 8 jam dan dah boleh buat dah. Dan lebihan adunan boleh disimpan di dalam peti selepas 8 jam. Boleh buat bila-bila masa.
Tepung yang saya selalu guna untuk buat cuq jawa:-
1) Tepung beras:-
Cap Rose
Cap Gajah 3
Cap Gajah 1
2) Tepung gandum:-
Cap Lili
Cap Tank
Cap Cempaka


Boleh tonton video memasak cucur Jawa oleh Khadijah Hamid di bawah ini.
Sumber: Khadijah Hamid melalui Masak Apa Hari Ini
