Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pasangan pelancong di Pulau Dirk Hartog dilaporkan telah dibasahi gelombang besar yang muncul ketika mereka sedang leka menangkap gambar Instagram yang sempurna sambil duduk di atas batu, Selasa lepas (29/6).
Menurut Daily Mail, pasangan itu menjelajah ke pulau yang merupakan tempat pelancongan terkenal di Shark Bay, Australia Barat lalu memutuskan untuk mengambil gambar. Jelas mereka, “Kami melihat ada tebing 20-30m untuk menyaksikan gelombang ombak dan sangkakan ia akan menjadi peluang foto yang bagus.”

Walau bagaimanapun, pasangan itu dipercayai telah basah kuyup apabila mereka duduk di atas batu yang terlalu dekat dengan laut sehingga gelombang besar naik ke permukaan.

Pada awalnya, wanita yang bernama Dani itu dikatakan sempat bertanya kepada teman lelakinya sama ada keadaan itu selamat atau tidak. Bagi meyakinkan Dani, teman lelakinya itu mengatakan tiada lagi gelombang yang begitu besar.
Namun, video rakaman mereka hanya sempat dirakam beberapa saat sahaja sebelum berakhir, bahkan wanita itu basah dari kepala hingga ke kakinya. Kedua-duanya dilaporkan selamat kecuali topi yang dipakainya.

Berdasarkan fakta oleh sumber, pulau Dirk Hartog terletak di luar pantai Gascoyne, Australia Barat, di dalam Kawasan Warisan Dunia Shark Bay. Keluasan panjangnya kira-kira 80km dan merupakan pulau terbesar dan paling barat di negeri tersebut.
Bukan itu saja, pulau itu dinamakan sempena kapten laut Belanda dan terletak sekitar 850km ke utara Perth. Diubah menjadi resort eko, pulau tersebut hanya dapat dimasuki dengan kapal peribadi, kapal tongkang komersial, atau pesawat ringan yang disewa. Namun, aktiviti berkhemah di kawasan yang dikhaskan juga dibenarkan di sana.
Sumber: DailyMail.co.uk