Seorang pemuda yang sedang asyik merakam video untuk Vlog di sebuah sawah telah tular apabila dia ketika itu tidak menyedari yang traktornya sudah ‘berjalan sendiri’.
Momen tersebut telah di kongsikan di platform media sosial TikTok di dalam akaun @timoluro.com pada hari Isnin, 15 Disember yang lalu. Di dalam video tersebut dapat dilihat bahawa pemuda tersebut ketika itu sedang merakam dirinya membajak sawah.
“Seronok sangat rakam video, sampai traktor sudah jauh pun tak sedar,” tulisnya di ruangan kapsyen, lapor BeritaHits.
Pada awal video tersebut pemuda itu merakam permandangan di kawasan persawahan yang sedang dia bajak menggunakan traktor tersebut.
Seterusnya, pemuda itu turut menunjukkan bahagian sawah yang telah dia bajak, “Ini ialah kawasan yang sudah saya bajak.”
Dia juga dilihat turut memberikan nasihat kepada petani lain yang membajak menggunakan traktor agar berhati-hati dan tidak kelam kabut.
Sementara itu, pemuda tersebut memberitahu bahawa dia memang tidak menyedari traktornya telah dilepaskan dari tangan ketika dia memberikan nasihat tersebut.
Sumber: suara.com
