Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Lelaki Ini Dedah Cara Nak Dapatkan Khidmat ‘Towing’ Percuma Jika Kereta Rosak

Kereta rosak adalah perkara yang sangat tak diingini berlaku ketika berada di atas jalan raya. Lagi-lagi bila terpaksa berhenti tengah jalan yang sedang sesak dengan kereta. Tambahan pula, rosak ketika duit di poket “hidup segan, mati tak mahu”.

Tapi tahukah anda, insurans yang anda perbaharui setiap tahun itu boleh membantu anda ketika kereta rosak dimana-mana sahaja anda berada. Tak kisahlah kereta anda pancit, suhu kereta naik ataupun kemalangan.

Anda boleh hubungi pihak insurans yang lindungi kereta anda dan boleh mendapatkan khidmat ‘towing’ secara percuma. Perkara ini diberitahu oleh seorang lelaki dalam satu video di akaun TikToknya yang dikenali sebagai farqhan.com.

Tapi yang penting anda hanya perlu tahu syarikat insurans yang anda pilih ketika hidupkan cukai jalan dan tahu nombor telefon pihak insurans terbabit. Jadi, tak perlu lagi untuk hubungi kawan-kawan atau panggil towing lain yang cas dengan harga mahal.

Sumber: @farqhan.com