Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Macam Tengah Tahan Sakit, Isteri Hamil Mengidam Nak Gigit Jari Suami

Gambar: @areuarel

Pasti ramai diantara kaum lelaki yang pernah melayani kerenah pelik-pelik ketika isteri sedang sarat mengandung.

Ada kes di mana isteri langsung tidak boleh tengok wajah si suami, ada kes isteri suka bau ketiak suami dan bermacam-macam lagi.

Selepas satu video TikTok yang dikongsikan oleh lelaki ini yang menunjukkan scan isterinya sedang hamil. Lelaki ini turut berkongsikan tentang keinginan ‘pelik’ isterinya semasa sedang menjalani tempoh kehamilan.

Lelaki tersebut difahamkan terpaksa mengorbankan jari jemarinya untuk si isteri kerana isterinya itu dikatakan mempunyai keinginan untuk menggigit jari suaminya.

Oleh kerana sayang, dia terpaksa mengorbankan jari jemarinya untuk memuaskan keinginan si isteri. Hasil daripada itu, jarinya digigit sehingga berbekas.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehinga kini, ianya telah ditonton lebih sejuta kali daripada warganet.

Sumber: @areuarel