Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita
Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri hari ini berkongsi video di laman Facebooknya memaparkan seorang jejaka istimewa mengalunkan surah Al-Fatihah. Kesungguhannya melafazkan tiap bait ayat sepenuh hati benar-benar meruntun jiwa.
Pagi ini menerima kunjungan NGO OKU Berdaya Hulu Langat. Mereka daripada pelbagai latarbelakang, namun masing-masing mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh dikehadapankan.
Saudara Wan baru memeluk Islam tahun lalu dan sudah menghafal Surah al-Fatihah dengan baik.
Tidakkah hati kecil kita terusik apabila melihat mereka bersungguh-sungguh mempelajari Islam, sedangkan segelintir kita masih culas walaupun dianugerahkan nikmat yang lebih sempurna?
Inilah yang menjadi antara fokus utama saya sejak beberapa tahun lalu dalam Kuliah Dhuha Mingguan yang menyediakan jurubahasa isyarat khas bagi OKU Pekak di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi dan Masjid Dato Klana Petra, Nilai.
Di sinilah nilai rahmah dalam Islam yang wajar diraikan bersama.
Netizen yang menonton memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi mensyukuri nikmat yang dimiliki sambil menginsafi diri.



Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan