Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Mungkin Tengah Lapar, CCTV Berjaya Rakam Pencuri Sempat Makan Dalam Kafe Yang Dicerobohnya

Gambar: Tribun News

Kecurian berlaku di salah sebuah kafe di Bandar Lor, Kecamatan Mojoroto Kota Kediri, Jawa Timur. Kafe ini dikatakan sudah mengalami kes kecurian ini sebanyak tiga kali, lapor Tribun News.

Menerusi rakaman video CCTV di kafe tersebut, kelihatan beberapa orang individu yang didakwa mencuri di kafe berkenaan. Apa yang lebih menarik, rakaman itu memaparkan detik-detik di mana individu-individu tersebut sempat makan makanan yang terdapat di kafe itu.

Kejadian ini berlaku pada jam 11 malam semalam iaitu 13 November. Pencuri dianggarkan seramai lima orang.

Sementara Itu, Ketua Perhubungan Awam, IPTu Hendry Mudy berharap agar pemilik kafe berkenaan akan segera melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan sentiasa berwaspada terhadap aksi kecurian ini.

Akibat kecurian ini, pemilik kafe telah mengalami kerugian sebanyak 5 juta rupiah.

Sumber: Tribun News