Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Muntahkan Debu Tebal, Suasana Matahari ‘Ditelan’ Ketika Gunung Semeru Meletus

Indonesia hari ini menjadi tumpuan dunia apabila gunung berapi Semeru di wilayah Jawa Timur telah meletus dan menyebabkan kawasan sekitar bergelap walaupun di siang hari.

Manakan tidak, cahaya matahari dilaporkan tidak mampu ‘menembusi’ asap dan debu-debu tebal berwarna hitam pekat yang bertebaran di langit sehingga membuatkan kawasan itu seperti bertukar menjadi malam. Rakaman yang memaparkan keadaan itu telah tular di media sosial.

Walaupun tiada sebarang kecederaan atau kematian yang dilaporkan namun ia juga mencetuskan kebimbangan terutama berkaitan dengan keselamatan penduduk di kawasan yang terjejas.

Bagaimanapun, sebahagian penduduk di Pukal Kobokan, Daerah Pronojiwo dan Kajar Kuning, Daerah Candipuro telah pun dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Wakil Bupati Lumajang, Indah Amperawati berkata penduduk dipindahkan bagi bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima, seramai 65 penduduk di Dusun Kamar Kajang, Desa Sumberwuluh, Kecamatan Candipuro juga telah berpindah,” katanya.

Sumber: Kompas.com, Twitter