Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Nak Balik Tapi Ada Si Adik 2 Orang…”, Seram, Kereta Mainan Gerak Sendiri Tengah-tengah Malam

Gambar: @muhamadasraf3

Satu video yang memaparkan permainan kanak-kanak bergerak dengan sendiri telah menjadi tular di media sosial.

Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @muhamadasraf3 itu menunjukkan beberapa buah mainan kanak-kanak di sebuah kaki lima.

Semasa dia hendak melalui kaki lima tersebut, beberapa mainan berkenaan kelihatan bergerak dengan sendirinya.

Menurut perakam, video tersebut diambil pada malam jumaat tepat pukul 12 malam.

“Bayangkan hari Jumaat pukul 12am nak balik rumah block B nak balik ikut lift tapi ada si adik 2 orang,” tulis kapsyen video tersebut.

Pergerakan mainan tersebut tampak seolah-olah ada kanak-kanak yang sedang menaikinya.

Tidak dapat dipastikan berkenaan kesahihan video tersebut namun ianya telah menjadi tular di media sosial.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih satu juta kali.

Sumber: @muhamadasraf3