Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Netizen Banjiri Live ‘Hero Malaysia’, Ucap ”Happy Birthday” Untuk KP Kesihatan

Gambar: RTM

Kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sememangnya tak dapat dinafikan lagi. Tersenarai antara tiga orang doktor terbaik di dunia yang cekap mengendalikan situasi COVID-19 oleh media China, beliau sering dikagumi rakyat Malaysia.

Iklan

Kemampuan beliau menjadi antara pemimpin Kementerian Kesihatan (KKM) turut menjadi inspirasi kepada rakyat jelata termasuk kanak-kanak.

Terbaru, rakyat Malaysia menunjukkan penghargaan dan kekaguman kepada beliau dengan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya ketika siaran langsung KKM sebentar tadi.

Ucapan dari rakyat berbilang kaum itu jelas menunjukkan ketokohan beliau menyatukan rakyat Malaysia dalam situasi gawat ketika ini.

Selamat hari lahir Dr

Moga kekal sihat dan sentiasa dirahmati

Cara beliau jawab penuh fakta, menunjukkan beliau buat kerja

Malah, di akhir ucapan beliau, wakil media juga sempat menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buatnya.

Walaubagaimanapun sebenarnya, hari lahir beliau adalah pada 21 April ini iaitu pada dua hari lagi.

Sumber: KKM