Satu rakaman menjadi tular apabila sebuah ‘bulan gergasi’ dilihat bergolek dan sedang dikejar oleh beberapa orang pekerja. Ianya telah menimbulkan ‘kekacauan’ apabila objek berkenaan bergolek di atas jalan raya. Tapi, apa sebenarnya ‘bulan gergasi’ itu?
Setiap tahun, negara-negara yang berada di Asia timur pasti akan merayakan festival Mid-Autumn atau lebih dikenali sebagai festival kek bulan, sempena menyambut kedatangan musim luruh pada bulan September.
Dalam festival tersebut, lazimnya hiasan mewah sering digunakan termasuklah belon besar yang berbentuk seakan bulan.
Di China, festival tersebut mengalami sedikit kekecohan apabila hiasan utama belon yang besar itu ‘melarikan diri.’

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di festival perayaan yang berlangsung di wilayah Henan pada Isnin lalu.
Belon tersebut telah meluru laju ke atas jalan ketika staf yang panik sedang mengejarnya untuk mengawal belon tersebut.

Walaupun fenomena tersebut agak pelik, namun ianya bukanlah yang kali pertama pernah terjadi.
Perkara yang sama turut pernah terjadi di perayaan festival yang diadakan di Fuzhou pada tahun 2016.
Belon tersebut telah ditiup oleh angin ribut taufan yang kuat pada tahun itu dan kemudiannya menyebabkan malapetaka di jalanan.
Kejadian tersebut telah meraih perhatian sehingga ada yang membuat gurauan mengenainya.
Tidak dapat dipastikan sama ada ianya telah berjaya ditangkap atau pun tidak.
Namun mujur belon tersebut ringan dan tidak ada kerosakan serta kecederaan yang terjadi.