Alunan azan dan ayat suci al-Quran sememangnya menenangkan bagi mereka yang mendengarnya. Bahkan, ada antara mereka yang bukan Islam turut terpesona mendengar alunan tersebut termasuklah pelukis tatu yang dikenali sebagai WinnieTheJroo ini.
Dalam satu video berdurasi 15 saat, pemuda ini kelihatan teruja apabila mendengar alunan azan di sebuah masjid di Abu Dhabi.
Video reaksinya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, Stance Grounded dan mendapat lebih 3 ribu tanda suka.
Warga maya juga turut memberi respon positif melihat reaksi pemuda itu.
“Bahagian kegemaran saya setiap pagi di Bandar Sheikh Zayed.”

“Kagum. Saya harap kita semua dipanggil 5 kali sehari untuk berhenti dan solat. Apapun pegangannya, saya rasa dunia akan menjadi lebih baik..”

Azan, antara alunan terindah dan mendamaikan



Rasa selesa mendengar azan, terutamanya apabila beberapa masjid mengalunkan azan pada masa yang sama

Sumber: Stance Grounded, Winnie The Jroo