Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Peluru Vs Kapak, Rupanya Ini Yang Terjadi Bila Peluru Ditembak Tepat Pada Mata Kapak Yang Tajam

Gambar: Slow Motion Videos

Tak dapat dinafikan, senjata api merupakan antara senjata paling berbahaya di dunia. Dengan kecepatan pelurunya, mustahil untuk kita melihat ia bergerak di udara melainkan selepas ia memberi impak kepada sasaran.

Iklan

Menurut laman Explain That Stuff, peluru boleh bergerak pada kelajuan sekitar 1,080 km/j sehingga 3,000 km/j, bersama momentum yang tinggi untuk memusnahkan sasaran.

Namun, bagaimana jika peluru dengan kelajuan itu bertembung dengan mata kapak yang mempunyai permukaan yang tajam? Adakah peluru itu akan terbelah atau mata kapak itu yang ‘berlubang’?

Berdasarkan video eksperimen dikongsikan Slow Motion Videos, dua lelaki telah melepaskan satu tembakan ke arah sebuah kapak yang berdiri tegak. Sebaik sahaja peluru mengenai mata kapak, ia terbelah atau tersepih kepada tiga bahagian sebelum mengenai belon yang dilekatkan pada papan di belakang.

Dipercayai hasil impak peluru, kelihatan mata kapak yang bersifat keras itu bergoyang seakan sekeping besi yang ‘fleksibel’.

Tonton videonya di bawah.

Sumber: Slow Motion Videos, Explain That Stuff