Antara momen menarik yang sering para pengantin nantikan ialah saat di mana mereka akan memotong kek. Walaupun ianya hanyalah satu acara kecil dalam perkahwinan tapi sangat dititik beratkan oleh setiap pengantin.
Hal ini kerana saat itulah mereka akan menunjukkan rekaan kek yang sudah mereka tempah khas dan reka tersebut.
Namun lain pula yang terjadi kepada satu pasangan suami isteri yang baru melangsungkan perkahwinan mereka apabila kek perkahwinan mereka terjatuh dan musnah.
Menurut laporan India Times, pasangan pengantin tersebut terkejut apabila staf hotel secara tidak sengaja menjatuhkan kek perkahwinan mereka ketika dalam perjalanan membawa kek tersebut ke meja.
Reaksi pasangan tersebut sangat terkejut sehingga pengantin perempuan hanya mampu tersenyum dengan kejadian itu.
Namun begitu, ternyata itu semua hanyalah sebuah ‘prank’ dan kek sebenar sampai beberapa saat selepas kejadian tersebut.
Saat kek yang sebenar tiba reaksi muka pengantin berubah menjadi sangat lega dan senyuman di wajah kedua-duanya melebar apabila mengetahui yang kek mereka masih ‘selamat’.
Video yang dikongsikan di laman Instagram @she_saidyes itu telah tular dan mengejutkan ramai penonton. Video tersebut turut disertakan bersama kapsyen, “Alamak!! Syukurlah ianya hanya gurauan!! Kami hampir menangis tadi.”
Para pengguna media sosial yang terkejut juga tidak melepaskan peluang untuk meluahkan rasa terkejut dan komen akan reaksi pasangan tersebut:
‘ROH SAYA DAH KELUAR DARI BADAN SEHINGGALAH SAYA BACA KAPSYEN’

‘Pengantin perempuan tersebut cuba untuk tarik nafas dan tersenyum’

‘Dia seorang insan yang baik, dia hanya tersenyum’

Sumber: India Times
