Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Pengantin Tiba-tiba Histeria, MUA Terpaksa Solek Wajah Pengantin Tengah Pengsan

Gambar : TikTok yusnitanurwijayant

Bermacam-macam ragam yang kita lihat mengenai kisah MUA dan juga pengantin. Antara yang selalu kita dengarkan apabila solekan yang diminta menjadi mimpi ngeri buat pengantin pada hari perkahwinannya.

Namun, tular satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok yusnitanurwijayant mengenai kejadian yang dirasainya semasa menyolek wajah pengantin.

Apa yang anehnya adalah dia berkongsikan pengalamannya menyolek wajah pengantin yang ketka itu sedang tidur.

Kejadian tersebut sama seperti salah satu babak dalam filem animasi Sleeping Beauty, di mana puterinya tertidur disebabkan oleh tertusuk jarum pada jarinya. Cuma yang membezakannya adalah punca pengantin tersebut tertidur disebabkan terkena histeria.

Menurutnya dalam video, pengantin tersebut pada akhirnya pengsan selepas dirawat oleh bomoh dan terpaksa dimasukkan air ke dalam badan.

Dia akhirnya terpaksa menyolek wajah pengantin tersebut dalam keadaan tidur.

Video yang dimuat naik tersebut telah menarik perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 5.9 juta tontonan.

Dalam video kedua yang dikongsikannya, dia menceritakan bahawa pengantin wanita itu telah tersedar dan dipapah untuk ke majlisnya dan tak lama selepas itu, pengsan balik sehingga jam 2 petang.

Sumber : TikTok yusnitanurwijayant