Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Penutup Tangki Minyak Kereta Tak Boleh Buka? Mekanik Tunjuk Cara Mudah Untuk ‘Baiki’

Pernah tak anda alami keadaan di mana penutup tangki kereta sukar untuk dibuka? Walaupun dah tarik picu di bahagian pemandu, namun penutup tersebut masih ‘berdegil’ untuk terbuka.

Walau bagaimanapun, anda tak perlu risau kerana terdapat cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini.

Seperti perkongsian yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok Abang Comot beliau berkongsikan cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Menerusi video itu hanya empat langkah mudah yang harus dilakukan.

Perkara pertama yang anda harus lakukan adalah dengan meminta kawan anda untuk menarik picu tangki minyak dari dalam kereta, dan anda perlu mengetuk bahagian tepi tangki isi minyak sehingga pintu tangki itu terbuka.

Kemudian, anda perlu tengok sama ada switch lock atau pun kita panggil suis pengunci tangki itu masih elok atau tidak. Jika tiada apa-apa kerosakan, anda hanya perlu melaraskan kembali switch lock tersebut masuk ke dalam.

Video yang memperoleh lebih daripada 100 ribu tontonan itu turut mendapat respon yang menarik daripada warganet. Ada juga warganet yang turut berkongsikan masalah yang sama dan cara bagaimana mereka menyelesaikan masalah tersebut.

Kredit: TikTok Abang Comot
Kredit: TikTok Abang Comot
Kredit: TikTok Abang Comot

Sumber: TikTok Abang Comot