Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Perlukan 7 Petugas Lengkap PPE, KKM Tunjuk Proses Pesakit COVID-19 Perlu Ditiarapkan Untuk Paru-paru Dapat Lebih Oksigen

Laman Twitter Kementerian Kesihatan (KKM) berkongsi video yang memaparkan suasana bagaimana petugas kesihatan menguruskan pesakit COVID-19.

Video yang dimuat naik oleh pengamal perubatan, Dr. Siti Sarah Aishan Suhaidi itu menunjukkan seorang pesakit COVID-19 di Hospital Sungai Buloh yang sedang ditiarapkan di atas katil, ia bertujuan memastikan paru-parunya mendapat lebih oksigen.

Berdasarkan kapsyen video tersebut, proses itu memerlukan sekurang-kurangnya tujuh orang petugas untuk mengalihkan pesakit, di mana mereka perlu memakai alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap.

Sejajar dengan kepayahan mereka berdepan cabaran menguruskan pesakit COVID-19, maka sedikit pesanan ringkas turut dititipkan bersama buat pedoman umum.

“Hargailah staf, nurse dan doktor di ICU. Kami tak minta dicela sebab netizen tak dapat balik raya,” maklum kapsyen tersebut.

Sumber: KKM