Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Polis Ini Pasang Lagu Taylor Swift Ketika Dirakam, Elak Perakam Muat Naik Mukanya Ke YouTube Kerana “Copyright” Lagu

Gambar: Cult of Mac

Sudah menjadi kebiasaan di negara barat terutamanya di Amerika Syarikat untuk merakam setiap tindakan yang dilakukan anggota polis di sana.

Oleh kerana perbuatan merakam anggota polis yang sedang bertugas itu dilindungi undang-undang, pihak polis tidak boleh melarang mahu pun mengambil tindakan ke atas perakam.

Namun begitu, tindakan seorang anggota polis ini memasang lagu penyanyi terkenal Hollywood iaitu Taylor Swift ketika dihampiri penunjuk perasaan yang sedang merakamnya telah mencuri perhatian.

Tindakan memasang lagu tersebut difahamkan dibuat bagi mengelakkan rakaman tersebut tersebar di laman YouTube. Tindakan itu sebenarnya agak bijak kerana, algoritma yang diguna pakai dalam YouTube mampu mengesan lagu yang dilindungi hak cipta untuk dimuat naik secara haram.

Tidak dapat dipastikan sama ada usaha yang dilakukan oleh anggota polis tersebut berhasil atau tidak, namun video itu tampak seperti tidak diturunkan lagi di YouTube dan sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 600 ribu kali.

Berbeza pula dengan kisah seorang warganet ini dalam satu video yang hampir serupa namun berlaku di tempat lain. Menurut perkongsian di akaun Instagram mrcheckpoint, usahanya untuk mendapatkan liputan berkenaan video yang dirakamnya itu kepada pihak agensi berita telah gagal.

Ianya kerana, video rakamannya itu tidak boleh dimuat naik di YouTube kerana mengandungi audio lagu daripada kumpulan pemuzik lagenda The Beatles.

Sumber: Anti Police-Terror Project, mrcheckpoint_