Kampus Taylor’s Lakeside menjadi meriah dengan aktiviti fizikal dan tenaga apabila para pelajar, kakitangan dan alumni berkumpul untuk acara MOVE · STRETCH · RESET; satu pengalaman komuniti yang direka untuk menggalakkan kesejahteraan, hubungan serta semangat kekitaan yang lebih kukuh dalam kalangan warga Taylor’s.
Inisiatif ini mencerminkan tumpuan berterusan Taylor’s dalam mewujudkan pengalaman yang menyatukan komuniti luasnya melangkaui ruang bilik darjah dan tempat kerja. Dengan menyepadukan aktiviti fizikal, kesejahteraan dan pengalaman gaya hidup kontemporari ke dalam kehidupan kampus, Taylor’s mewujudkan lebih banyak peluang untuk pelajar dan kakitangan berinteraksi, di samping terus menjalin hubungan dengan alumni lama selepas mereka menamatkan pengajian.
Hampir 200 pelajar, kakitangan dan alumni mengambil bahagian dalam larian komuniti sejauh tiga kilometer di sekitar kampus serta sesi yoga berpandu di tepi tasik Taylor’s, yang dikendalikan oleh duta jenama lululemon, Jenifer Alicia Ooi.
Melalui kerjasama dengan jenama yang selari dengan gaya hidup dan minat komunitinya, Taylor’s mewujudkan cara baharu untuk pelajar, kakitangan dan alumni berhubung dengan institusi serta antara satu sama lain.
Teras kerjasama ini ialah koleksi eksklusif sembilan item lululemon yang menampilkan penjenamaan Taylor’s. Koleksi tersebut merangkumi pakaian atas, pakaian bawah, baju pullover, hoodie dan aksesori, serta botol lululemon yang boleh diperibadikan melalui ukiran laser. Ditawarkan secara eksklusif kepada komuniti Taylor’s melalui Taylor’s Merchandise Shop, koleksi ini melambangkan sesuatu yang lebih daripada sekadar barangan dagangan. Ia menawarkan kepada komuniti Taylor’s satu bentuk ekspresi kontemporari mengenai semangat kekitaan dan kebanggaan, menerusi produk yang boleh digayakan dan dibawa ke luar kawasan kampus.
Di peringkat global, kerjasama antara universiti dengan jenama gaya hidup dan sukan telah menjadi salah satu cara bagi institusi untuk memperkukuh identiti serta mengeratkan hubungan dengan komuniti mereka. Bagi Taylor’s, kerjasama ini menggabungkan elemen pergerakan, kesejahteraan dan gaya hidup kontemporari, sambil mewujudkan satu lagi medium interaksi yang membolehkan pelajar, kakitangan dan alumni menzahirkan ikatan mereka dengan Taylor’s.
Ahli komuniti alumni Taylor’s Education Group yang lebih luas turut kembali ke kampus bagi menjayakan acara ini, termasuk Patrick Sim, alumni Taylor’s College dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Secret Recipe Cakes & Café; Eisha Izaddeen, alumni Garden International School serta Pengasas Bersama dan Pengurus Besar JPC Padel; Shahmalarani Chandran, alumni Taylor’s University, atlet karate kebangsaan dan juara Sukan Asia yang baharu dinobatkan; Carlos Villa, pengasas Union Strength Gyms dan alumni Garden International School; serta Janine Chacko Villa, alumni Taylor’s University dan Pengasas Bersama Peek This Dress, Peek This Wedding dan Sweatco.
Penyertaan mereka menghimpunkan pelbagai generasi komuniti Taylor’s, sekali gus mencerminkan bagaimana hubungan yang terjalin melalui institusi ini dapat terus kekal utuh walaupun selepas tamat pengajian.
MOVE · STRETCH · RESET merupakan sebahagian daripada usaha menyeluruh Taylor’s untuk
mewujudkan pengalaman yang tidak hanya dibentuk oleh aktiviti di dalam bilik kuliah dan tempat
kerja, malah turut dipengaruhi oleh komuniti, pengalaman bersama serta hubungan yang terjalin di
sekeliling mereka.
Melalui inisiatif sebegini, Taylor’s sedang meneroka cara baharu untuk menyatukan komunitinya, di
samping membina jenama yang boleh dialami, disertai dan dibanggakan oleh pelajar, kakitangan
serta alumni untuk dibawa bersama ke luar kawasan kampus.

