Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Sofyank video pelancongan Singapura
Kredit: Sofyank
Tiada Kategori

Video Promosi Pelancongan Singapura, Ini Penjelasan Sofyank

Azizah Najib

Video Promosi Pelancongan Singapura, Ini Penjelasan Sofyank

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pencipta kandungan, Sofyank memuat naik video mempromosi pelancongan di Singapura.

Menerusi video berkenaan, Sofyank tidak hanya menonjolkan kreativiti dan kemahirannya dalam menghasilkan video yang mengagumkan, tetapi turut mempromosi pelbagai tempat menarik di negara jiran itu.

Video berdurasi satu minit lebih itu mendapat pelbagai reaksi warga maya yang mengagumi hasil seninya.

Dari satu sudut lain, ada juga yang mempersoal pilihan lelaki berkenaan mempromosi negara luar berbanding tanah air.

Berikutan itu, Sofyank tampil memberi penjelasan tentang isu tersebut dan memaklumkan video travel berkenaan dihasilkan selepas pihaknya mendapat peluang dari Singapura.

“Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih sangat kepada korang yang telah meninggalkan komen yang positif dan juga kata-kata yang membina di hantara tersebut.

“Sejujurnya dah lama saya nak buat video travel yang berkonsepkan VFX.

“Apabila mendapat peluang daripada Singapura, saya terus mengajak kawan saya iaitu, Mshaffuan yang kita kenal turut menghasilkan video sinematik.

“Bersama kawan-kawan saya, kami sama-sama menghasilkan satu video travel yang menggabungkan sinematik dan vfx,” katanya.

Sofyank turut memuat naik sebahagian daripada email peluang yang dimaksudkan yang diterima pihaknya.

Perkongsian pengalaman kali ini

Sofyank kemudian turut berkongsi pengalaman dan proses yang perlu dilalui beliau bersama pasukan untuk menghasilkan video tersebut.

“Sedikit saya nak kongsikan tentang proses untuk kami hasilkan video kali ini di mana kitorang menggunakan konsep run and gun.

“Kami berpindah daripada satu tempat ke tempat yang lain dan kami cuba rakam sebanyak mungkin sudut yang cantik untuk diletakkan dalam video.

“Bagi memudahkan proses rakaman kali ni, saya dan Shaffuan pergi ke Singapura terlebih dahulu untuk kami dapatkan sebanyak mungkin sudut yang boleh dijadikan rujukan pada hari rakaman nanti,” ujarnya.

Katanya, menerusi projek kali ini, mereka juga berpeluang berkenalan bersama beberapa rakan baharu dari Singapura.

“Merekalah yang membawa kami ke tempat-tempat yang cantik untuk kami rakam pada hari rakaman. Terima kasih Yatt dan juga Richard,” ucapnya.

Tambahnya, selepas melakukan tinjauan lokasi, proses rakaman mengambil masa selama tiga hari dan semuanya berjalan dengan lancar.

Sofyank turut menggunakan kesempatan ini bagi menzahirkan penghargaan terhadap warga maya yang memahami tujuan utama video pelancongan itu dihasilkan.

“Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang memahami tujuan utama video travel berkenaan dihasilkan dan kerjaya saya sebagai pencipta kandungan.

“Tiada apa yang dapat saya balas selain ucapan terima kasih kerana anda sudah menyokong video saya daripada awal-awal saya buat video sehingga sekarang.

“Terima kasih sangat-sangat,” luahnya.

Dalam pada itu, Sofyank turut menjawab berkenaan persoalan yang dibangkitkan warga maya sama ada beliau berhajat untuk mengasilkan video mempromosi Malaysia.

“Semestinya saya nak. Saya sangat berbangga lahir di Malaysia, menjadi anak Malaysia dan perjalanan saya daripada dulu sehingga sekarang sentiasa diiringi oleh sokongan daripada rakyat Malaysia.

“Sekiranya diberi ruang dan peluang, saya akan buat yang terbaik buat Malaysia,” zahirnya.

https://fb.watch/DTbCErmvM_/?fs=e

BACA: Lagu BoboiBoy Bergema Di Festival Anime Luar Negara, Pengunjung Pakat Layan Karaoke

BACA: Minta Disuap, Kisah Pemandu & Anak Yatim Ini Undang Sebak

Sumber: Facebook Sofyank96