Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Push, Push, Sikit Lagi,” Lelaki Ini Jadi Bidan, Ibu Ikan Pari Lahirkan Anak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kalau sebut asam pedas, mesti teringat ikan pari kan? Tak dinafikan, ‘kaki memancing’ lebih teruja jika hasil mendapat tangkapan ikan yang bersaiz besar seperti ikan pari ini.

Namun, lain pula jadinya apabila sekumpulan ‘kaki pancing’ terpaksa menjadi ‘bidan’ apabila ikan pari yang termakan umpannya rupanya sedang menunggu hari beranak.

Mungkin ketika ia menjadi bekalan untuk si pemancing, ibu pari ini sudah ‘sampai masa’ untuk melahirkan anaknya. Senang cakap sudah sampai ‘due date’.

Bagaimanapun, sekumpulan pemancing ini tidak mengambil anaknya malah anak ikan tersebut dilepaskan semula ke laut.

Apa yang menjadi perhatian ramai, ‘Pak bidan’ ini berkongsi pengalamannya dalam satu rakaman pendek di laman Tiktoknya. Jom tonton video di bawah.

“Push, push…sikit lagi sikit lagi, pandailah dia beranak…anak masuk ke laut semula ye…”

Sumber: Heryangler