Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Rakaman ‘Alligator’ Sesat Di Tengah Jalan Raya Undang Kerisauan Pemandu

Gambar:Daily Mail

Menakutkan, itu yang dapat dilihat dalam sebuah video yang menyaksikan detik-detik seekor buaya ‘berjalan-jalan’ di sebuah jalan raya di Florida dan menuju ke arah seorang pemandu di situ.

Iklan

Perakam video itu, Francis E.Scott-Marr sedang memandu untuk ke rumah rakannya sebelum dia melihat kehadiran reptilia itu.

Menurutnya, dia menyedari haiwan itu bergerak di sekitar persimpangan Seffner, jalan MLK Boulevard dan Williams Road.

Melalui rakaman itu, buaya itu dilihat sedang menuju ke arahnya sementara kenderaan-kenderaan yang lain juga turut ‘kaku’ berhenti di situ.

Scott kedengaran menjerit dan anjingnya peliharaanya juga tidak berhenti menyalak.

“Tuhan kasihanilah, lihatlah betapa besarnya! Ia menuju ke arah saya,” jeritnya.

Pun begitu, dia bernasib baik kerana buaya itu dilihat seakan menukar fikiran dan menuju ke arah yang lain.

Scott memberitahu Fox6 News bahawa mungkin buaya itu mengubah haluan kerana anjingnya yang menyalak tanpa henti. Tambahnya, buaya itu berjaya melintasi persimpangan itu.

Florida sememangnya terkenal dengan populasi buaya yang dianggarkan sejumlah 1.2 juta hidup di negeri itu. Mereka boleh membesar sehingga 13 kaki dan beratnya sehingga 800 paun.

Sumber: Daily Mail