Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Ramai Lagi Youtuber Masakan Yang Hebat”, Padam Semua Video, Sugu Mahu Jalani Kehidupan Macam Orang Biasa

sugu pavithra berhenti padam Youtube
Gambar: Bernama/Youtube

Pasangan Youtuber terkenal dengan video masakan, Sugu Pavithra dilaporkan tidak mahu ada kaitan dengan Youtube.

Menurut Bernama, mereka dipercayai telah memadam kesemua video yang pernah dimuatnaik sebelum ini di saluran berkenaan.

Suaminya, M Sugu dilaporkan berkata, tindakan itu susulan mereka tidak mahu lagi terlibat dengan perkara yang boleh meraih perhatian umum.

Semakan mendapati akaun Youtube mereka yang kini mempunyai lebih 787,000 pelanggan tidak lagi mempunyai sebarang kandungan video seperti sebelum ini.

Pasangan ini mula mencipta nama apabila video masakan yang dimuat naik di saluran Youtube tersebut menarik minat rakyat Malaysia selain turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri.

Sumber: Bernama