Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Lepaskan Peluang Emas Demi Selamatkan Peluncur Lawan Hampir Kelemasan, Atlet Filipina Dipuji Netizen

Kredit: Jurnal Warga/Jefferson Ganuelas

Sanggup lepaskan peluang memenangi emas, seorang atlet Filipina memenangi hati orang ramai setelah menyelamatkan pesaingnya daripada lemas.

Peluncur air Filipina, Roser Casugay tanpa membuang masa membantu peluncur Indonesia, Arip Nurhidayat ketika perlawanan longboard lelaki Sukan Sea Filipina di La Union.

Dalam kejadian berkenaan, Arip nyaris lemas akibat dihanyutkan ombak tinggi apabila tali di pergelangan kakinya (surfboard leash) putus sebelum diselamatkan Roser.

Tindakan mulia peluncur itu mendapat pujian dan penghargaan daripada netizen termasuk rakyat Indonesia sendiri.

Biarpun menerima pujian daripada orang ramai dan memanggilnya hero, Roger memilih untuk merendah diri.

“Saya bukan hero. Saya tidak selamatkan dia dari lemas. Dia seorang perenang yang baik. Saya cuma tenangkan dia,” kata Roger seperti dilaporkan Quartz.

Menganggap atlet dalam peluncuran sebagai saudara, Roser berkata mereka perlu saling membantu apabila seseorang memerlukan bantuan.

Detik keemasan itu berjaya dirakam dan dikongsi oleh beberapa laman di media sosial.

Tetap menang emas

Benarlah kalau rezeki tidak ke mana. Tetap juara, Roger memenangi emas dalam perlawanan semula bersama Arip Nurhidayat semalam (8 Disember).

Sikap inilah yang harus kita contohi dalam setiap aspek kehidupan bersama orang sekeliling. Benda boleh sama-sama maju, kenapa nak jatuhkan?

Sumber: Sinar Harian, Quartz, Jefferson Ganuelas