Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Sampai Bank ‘Serang’ Kat Rumah, Wanita Ini Lupa Ada Simpan Duit RM170 Ribu Dalam Akaun Sejak 2016

Gambar via TikTok

Kerana terlupa ada simpan duit di akaun bank sejak lima tahun lalu, wanita ini sampai didatangi pihak bank ke pejabatnya, memberitahu jumlah wang dalam akaun simpanannya kini telah mencecah Rp 600 juta (kira-kira RM176 ribu).

Berita ini cukup mengejutkan pemilik akaun bank tersebut, seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Cindy Prasetya. Bukan sekadar lupa pernah membuka akaun bank berkenaan, Cindy juga sudah tak memiliki kad ATM akaun itu.

Disebabkan jarang berlaku transaksi di akaun bank tersebut, beberapa orang wakil dari pihak bank bertindak pergi ke pejabat Cindy untuk mengabarkan kepada wanita itu. Cindy ketika ditemui pihak bank kelihatan bingung, namun dengan santai berkata dia lupa punya wang sebanyak itu.

Momen Cindy didatangi pihak bank ini turut dimuatnaik di akaun TikTok @addinnt dan sempat mendapat perhatian warga net. Video tersebut telah ditonton sebanyak 1.4 juta kali di TikTok setakat ini.

Menurut Cindy melalui video yang diunggah di akaun TikTok miliknya, dia membuka akaun bank tersebut sekitar November 2016 dan menyimpan Rp 430 juta (kira-kira RM126 ribu) dalam akaun berkenaan. Namun setelah beberapa tahun, wang dalam akaun tersebut bertambah sebanyak Rp 170 juta (kira-kira RM50 ribu).

“Kalau aku, tertinggal baki pun cari”

Menjengah ke ruangan komen, warga net turut bingung bagaimana Cindy boleh terlupa ada duit sebanyak itu. Malah Cindy turut kelihatan santai bila mengaku yang dia sebenarnya lupa akan akaun bank tersebut.

Sumber: Suara.com, Cindy Prasetya