Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Saya Serahkan Amanah Saya…”, Pesanan Ayah Pengantin Perempuan Buat Ramai Sebak

Sofea
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Perkahwinan sememangnya menjadi momen yang paling dinantikan di dalam hidup setiap orang. Manakan tidak, ia merupakan saat bahagia dan menjadi bukti ikatan cinta yang sah.

Bagi setiap pasangan, restu berserta doa dari kedua-dua ibu bapa sangat penting dalam melayari bahtera rumahtangga.

Berat bagi setiap ibu bapa untuk melepaskan anak-anak mereka menjalani kehidupan baharu, apatah lagi jika memikirkan amanah yang selama ini dijaga oleh mereka perlu diserahkan kepada orang lain.

Mungkin selama ini bapa dianggap sebagai seorang yang sangat pendiam dan tidak mudah menunjukkan perasaan, namun mereka akan menghadapi detik sukar apabila tiba saatnya untuk melepaskan anak perempuan kesayangan.

Sama dengan situasi di sebuah perkahwinan yang dirakam oleh Kretpictures. Menurut perkongsian di Instagram, ia merupakan detik penting yang berjaya dirakamkan oleh mereka.

Harini kami nak share antara moment penting yang berjaya dirakamkan krew kami

Moment sebegini kebiasaanya memang tidak dapat duga dan ianya berlaku secara spontan sebaik sahaja selepas akad disahkan.

Krew kami sememangnya akan bersedia, kekal fokus dan sentiasa perhati persekitaran sebaik sahaja akad telah disahkan

Kebiasaanya waktu-waktu ini akan ada babak yang sangat sangat penting untuk dirakamkan

Perkongsian itu telah tular dan pastinya menyentuh hati warganet.

Sumber: Kretpictures