Kenderaan pacuan empat roda adalah idaman untuk meraka yang sukakan aktiviti lasak dan mencabar seperti meredah jalan-jalan di hutan atau anak sungai.
Tak kurang juga yang beli kenderaan ini hanya untuk berjalan di atas kawasan rata seperti lebuh raya dan sebagainya. Tapi sejauh mana korang ambil cakna tentang penjagaan kereta jenis 4×4 ini?
Menerusi video seorang ‘foremen’ yang cukup terkenal di Tiktok iaitu Muadz Mustafha, beliau kongsikan tips penjagaan pacuan empat roda ini untuk mengelakkannya dari ‘sakit’.
Ikuti perkongsian di bawah, moga bermanfaat!
Tips penjagaan pacuan empat roda Toyota Hilux
1. Tayar
Terdapat tiga jenis tayar:-
Bunga HD, untuk jalan atas lebuh raya (bunga halus, bunyi tak bising)
Bunga MT (paling kasar)
Bunga AT ( pertengahan)
Size 15 harganya lebih kurang RM500.
2. Brek
Check brake pad, jangan guna sampai nipis kalau tak memang akan makan disc motor.
Disc tengok condition, ada tahap minimum ketebalan dia dekat dalam. Kalau masih tebal dan tak teruk masih boleh skim.
Kalau tukar baru, lebih kurang RM500.
3. Enjin turbo
Sebelum mulakan perjalanan, pastikan panaskan dulu enjin.
Bila dah sampai pun ambil masa untuk sejuk dulu.
Untuk penjelasan yang lebih terperinci, boleh tonton video di bawah.
Sumber: Tiktok Muadz Mustafha
