Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Sebuah Syarikat Hartanah Buat Kejutan Luar Biasa, Beri Bonus Pekerja $10 Juta Sempena Krismas

Seramai 198 pekerja St John Properties senyum lebar apabila menerima kejutan bonus dengan amaun yang sangat ‘gila’. Bonus yang berjumlah RM207,767 itu adalah bersempena sambutan Krismas pada 25 Disember yang bakal menjelang tiba. Jumlah tersebut telah merekodkan syarikat berkenaan merupakan syarikat hartanah beri bonus cuti Krismas yang luar biasa.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Daily Mail, pelbagai reaksi dipamerkan oleh semua kakitangan selepas pengumuman dibuat oleh Presiden Properties St. John, Lawrence Maykrantz. Beliau turut memaklumkan bahawa syarikat tersebut telah mencapai target utama iaitu untuk membangunkan 20 juta kaki persegi dalam hartanah.

Setiap pekerja menerima bonus tersebut berdasarkan jumlah tahun mereka berkhidmat bagi syarikat tersebut. Jumlah bonus terkecil ialah pada RM416.46 dan jumlah yang terbesar ialah sehingga RM1,124,442.

Salah seorang pekerja yang terkejut dengan pengumuman itu tidak dapat menggambarkan perasaannya setelah membuka sampul surat yang diberikan.

Sumber: Daily Mail / CNN