Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Sempat ‘Denda’ Gigit Telinga, Ibu Kucing Kemas Balik Katil Selepas Anak Buat Sepah

Gambar: Yoda4ever

Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sering kita lihat ragamnya. Selalunya apa yang dikongsi oleh pemilik mereka adalah kenakalan mereka yang pelbagai seperti ‘curi’ mainan kucing lain, ‘curi’ ikan, sepahkan tisu.

Bak kata orang memang satu keajaiban kalau pemilik berkongsi video yang menunjukkan ‘kebaikan’ mereka ini. Tetapi disebabkan terlalu comel kita pun geram dan selalu melepaskan sahaja perangai nakal mereka itu.

Namun berbeza pula situasinya dengan dua ekor kucing ini apabila sang ibu ‘menutup’ kesalahan anaknya.

Melalui sebuah perkongsian video di laman media sosial Twitter Yoda4ever, seekor ibu kucing, mengemas kembali katil yang telah di sepahkan oleh anaknya.

Macam mana kita sebagai manusia bertungkus lumus ‘bergaduh’ dengan kucing bila mereka sepahkan katil begitulah juga reaksi ibu kucing tersebut. Persis ibu-ibu memarahi anak kecil yang nakal ketika ibu kucing tersebut mengeluarkan anaknya daripada selimut tersebut.

Setelah beberapa saat berperang, anaknya lari meninggalkan katil tersebut yang kemudiannya dikemas kembali oleh sang ibu.

Sumber: Yoda4ever