Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Detik-detik sebelum perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Melaka United menentang KL City FC malam ini bertukar kecoh apabila Stadium Hang Jebat dilapor ‘bergelap’.
Kejadian itu sempat dirakam dan dikongsikan di laman Twitter Melaka Hari Ini serta turut tular dalam kalangan pengguna media sosial warga Melaka khususnya.
“Lampu limpah di Stadium Hang Jebat mengalami kerosakan sehingga menyebabkan stadium itu bergelap-gelita kira-kira jam 7.35 malam tadi.
“Malam ini akan menyaksikan perlawanan separuh akhir kedua, Melaka United menentang KL City FC dalam saingan Liga Piala Malaysia,” maklum perkongsian tersebut.
Sementara itu, perlawanan separuh akhir kedua malam ini juga turut menyaksikan gergasi Pantai Timur, Terengganu FC bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim di Johor Bahru bagi menentang pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT).
Terdahulu, Melaka United berjaya mara ke separuh akhir selepas menundukkan Sabah FC dengan agregat 3-1 sebelum mengikat KL City FC dengan keputusan seri 1-1.
Sumber: Twitter @Melakahariini