Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Si Oyen Buat Hal Lagi, Tarik Baju ‘Member’ Masa Nak Lompat, ‘Selamber Usyar’ Macam Tak Salah

oyen itam
Kredit: Nature & Animals

Si kucing oren sering dikaitkan dengan gelagat mereka yang nakal. Baru-baru ini, sebuah video di Twitter membuatkan orang ramai terhibur melihat aksi si Oyen yang telah membuatkan si Itam ‘bertelanjang bulat’.

Dalam video dikongsikan Nature & Animals, kelihatan seekor kucing hitam berbaju merah cuba melompat dari atas sebuah rak. Sebelum ia melonjakkan kakinya, tiba-tiba muncul pula si Oyen yang menarik hujung pakaian kucing tersebut, mengakibatkan pakaian itu tertanggal dari badan si Itam.

Hasilnya, tinggallah si Itam yang bagaikan terpinga-pinga mendarat tanpa pakaian. Lompatannya juga dianggap tidak berjaya kerana gangguan daripada Si Oyen.

Jom tonton video mereka di bawah.

Sumber: Nature & Animals