Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Siap Pakai Blazer,” Anak Buat Pembentangan ‘Power Point’ Depan Ibu Ayah, Nak Ajak Pergi Bercuti

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Musim cuti persekolahan sudah tamat dan sekolah mula beroperasi pada 2 Januari 2020.

Namun bagi pelajar yang baru selesai menduduki Sijil Pelajaran Malaysia, waktu ini merupakan permulaan cuti mereka setelah penat belajar sepanjang tahun.

Seorang pengguna Twitter @latisyarizal telah memuat naik satu kiriman video di mana abangnya yang baru sahaja selesai menjalani SPM cuba untuk meminta kebenaran dari ibu bapanya untuk bercuti di Pulau Pinang.

Tambahan lagi, abangnya itu menyediakan satu perbentangan beserta ‘powerpoint’ yang lengkap seperti ketika di dalam kelas.

Rata-rata warganet kagum dengan usaha yang gigih serta mencuit hati lelaki tersebut.

‘Effort’ pakai blazer

Ibu bapa berjaya mendidik mereka dengan baik

Sumber : Twitter