Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Subuh Penuh Duka, Peniaga Benteng Walk Seremban ‘Berputih Mata’, Kedai Musnah Dijilat Api Awal Pagi Tadi

Gambar: Negeri Sembilan Kini
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Belum sampai setengah purnama, kemeriahan berniaga di bulan Ramadan bagaikan ‘terhenti’ apabila berlaku musibah yang langsung tidak dijangka dek akal, apatah lagi apabila melibatkan kerugian harta benda.

Begitulah yang dirasai oleh segelintir peniaga-peniaga di Benteng Walk Seremban, Negeri Sembilan apabila beberapa buah kedai di situ dilaporkan hangus dijilat api dalam satu kebakaran.

Menerusi laman Facebook komuniti Negeri Sembilan Kini, difahamkan kejadian kebakaran tersebut dilapor berlaku pada kira-kira 4.30 pagi tadi.

Gambar: Negeri Sembilan Kini
Gambar: Negeri Sembilan Kini

“Salam takziah, dugaan Ramadan. Takziah diucapkan kepada para peniaga Benteng Walk Seremban kerana beberapa buah kedai terbakar. Kejadian berlaku sekitar jam 4.30 pagi tadi.

“Semoga bertabah dengan ujian ini dan digantikan dengan sesuatu perkara yang tidak diduga, mudah-mudahan,” maklum laman FB tersebut hari ini.

Sementara itu, menerusi laman Facebook Benteng Walk Seremban sendiri, laporan tersebut menjelaskan bahawa punca kebakaran masih belum diketahui.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Semoga mereka yang mencari rezeki di sana diberikan ketabahan. InsyaAllah apa yang berlaku ini pasti ada hikmah daripadaNya. Ameen.

Gambar: Negeri Sembilan Kini
Gambar: Negeri Sembilan Kini
Gambar: Negeri Sembilan Kini
Gambar: Negeri Sembilan Kini

Sumber: Negeri Sembilan Kini / Benteng Walk Seremban