Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Suka Nyanyi Dalam Bilik Air? Gadis Ini Dah Serik, Terkejut Dengar Suara ‘Garau’ Ikut Nyanyi Sekali

Kredit: TikTok @indahsyafyra
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Berapa ramai yang ada tabiat suka menyanyi dalam bilik air? Mesti korang pun pernah kena bebel dengan mak jangan menyanyi dalam bilik air kan. Mungkin mereka larang tu ada sebabnya.

Lepas dengar cerita dialami wanita yang mesra disapa Indah ni, mesti korang tak berani dah nak nyanyi dalam bilik air. Video yang diunggah di akaun TikTok @indahsyafyra ini mendapat 407.4 ribu tontonan setakat ini.

Dalam video tersebut, Indah memuatnaik rakaman suaranya yang sedang menyanyi dalam bilik air masa mandi. Awalnya dia cuma rakam untuk dengar balik suaranya menyanyi. Apa yang mengejutkan, suaranya hilang sama sekali tapi ada suara ‘benda’ lain menyanyi bahagian lagu yang sama.

Cuba dengar betul-betul suara dalam video di bawah ni.

Indah turut berpesan agar warga net mengambil iktibar daripada peristiwa yang dialaminya. Lepas ni jangan nyanyi dalam bilik air dah, takut ada yang sambung.

Sumber: TikTok @indahsyafyra