Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tatkala seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga tercinta, ada di antara mereka yang sedang memeriahkannya dengan menjadi tetamu Allah di Mekah demi melaksanakan Rukun Islam Kelima.
Beberapa hari ini, tular beberapa gambar kejadian luar biasa yang jarang terjadi di Tanah Suci. Dari hujan yang membasahi muka bumi bersuhu 50 darjah celsius ini sehinggalah ke limpahan butiran ais yang turun seolah-olah meraikan kedatangan jutaan jemaah haji di sana.
Terbaru, laman media sosial dipenuhi gambar pelangi yang menghiasi latar pemandangan Kota Mekah. Pelbagai ciapan di muatnaik khusunya di Twitter berkongsikan keindahan fenomena ajaib ini.