Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) Tak Perlu Surat Nak Rentas Negeri, Rumah Wanita Ini Unik, Dapur Di KL Ruang Tamu Di Selangor

Sebelum ini pernah tular tentang sebuah rumah yang dibina di atas sempadan dua negara iaitu Indonesia dan Malaysia. Kali ini, bukan negara tetapi rumah ini dibina di sempadan antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Unik kan, perkongsian menarik ini dikongsikan oleh anak pemilik rumah menerusi laman TikToknya, Hakak Stylo atau nama sebenarnya Sharina Intan Sharum.

Katanya boleh ‘rentas negeri’ tak perlu lalu sekatan jalanraya pun. Mana taknya kalau dapur rumahnya di Kuala Lumpur dan ruang tamu kediaman tersebut dibina di Selangor.

Video ini diambil untuk menunjukkan keunikan rumah ibu bapanya yang banyak meninggalkan kenangan manis untuk dirinya sekeluarga.

Bukan itu sahaja, alamat rumahnya juga unik kerana beralamatkan Kuala Lumpur, Selangor. Alamat ini bukan sahaja menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli keluarganya bahkan juga penghantar barang.

Sumber: Hakak Stylo