Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) “Tak Pernah Keluh Penat,” Sama-Sama Lawan Kanser Limfoma, Wanita Ini Sedih Kawan Pergi Buat Selamanya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tak dapat bayangkan bagaimana perasaan kita sekiranya orang sekeliling atau diri sendiri menghidapi barah yang sukar untuk dirawat? Sungguh berat beban yang dipikul, begitulah juga perasaan yang dihadapi oleh seorang wanita yang bernama Wee Nurailin Farissa ini.

Susah untuk diungkapkan dengan kata-kata apabila seorang demi seorang sahabatnya yang berjuang mengharungi penyakit ini pergi bertemu Sang Pencipta.

Menerusi viedo yang dikongsikan di laman Tiktok ini telah menjentik hati ramai orang tentang kekuatan mereka berlawan dengan barah limfoma tahap empat. Bukan itu sahaja, wanita ini rasa terkilan dengan kehilangan sahabat-sahabat karibnya di hospital yang sama-sama berjuang berlawan penyakit ini.

Bagaimanapun, rata-rata orang ramai memberi sokongan dan semangat untuk dirinya menentang sehabis mungkin penyakit ini. Walau luaran nampak sihat, kita tidak tahu apa yang sebenarnya ditanggung oleh mereka yang menghidap penyakit barah ini. Hanya doa dan semangat orang sekeliling menjadi kekuatan untuk mereka semua.

Sumber: Qifajanes